Saturday, 21 December 2013

PENDAFTARAN 2014 KINI DIBUKA

بسم الله الرحمن الرحيم


ASSALAMMUALAYKUM W.B.T


~JOM MENGAJI~

DARUL ASHFIYA 
TAHFIZ AND ALQURAN LEARNING CENTRE 
MENAWARKAN PENGAJIAN TAHFIZ DAN ALQURAN

SESI PENGAJIAN

1.  i. SESI PETANG
        WAKTU  :  2 PETANG HINGGA 4 PETANG
         HARI     :   ISNIN HINGGA JUMAAT
        * KELAS PADA HARI JUMAAT BERMULA PADA PUKUL 3 PETANG - 5 PETANG

     ii. YURAN PENGAJIAN
         PENDAFTARAN    : RM200
         BULANAN             : RM150

2.  PENGAJIAN
     i. TAHFIZ DAN AL-QURAN
    ii. QIRAATI
   iii. FARDHU AIN


MAKLUMAT LANJUT BOLEH MENGHUBUNGI TALIAN:
0127486882 (USTAZ FIRDAUS)


Thursday, 19 September 2013

Program Mahabbah Habib Muhammad Ismail Abdullah Alydrus 2013

Mahabbah ila Rasulullah s.a.w

Kunjungan Drs. Al-Habib Muhammad Ismail Bin Abdullah Alydrus Albanjari, M. Ag ke Malaysia pada tahun 2013.


 Menerima Jemputan seorang Ulamak yang mashur telah menetap di makkah selama 40 tahun, Al Walid Baba Aziz Al-Fathoni Al-Makki di Ulu Kelang


Jemputan silaturrahmi dan makan malam ke rumah ibu bapa pelajar madrasah tahfiz darul ashfiya tuan hj Zafrul


Silaturrahmi Tuan Hj Shakri dan Hjh Raza Mazian di Hiraq Sdn. Bhd.


Mahabbah silaturahim di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong


Ziarah seorang anak kecil yang baru di lahirkan di Poliknik Bersalin Al-Barakah


Indah layanan suasana Masjid Samadiah kata Habib:)

Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang, Suasana yang Khusyuk Jemaahnya

Khazanah Fathoniah bersama waris Almarhum Syeikh Wan Saghir Al-fathoni dan Ust. Abdul Halim


Ziarah ke Syeikh Fauzi Alyamani di Darul Mustofa AsSemenyehi




PENDAFTARAN 2014

DARUL ASHFIYA
TAHFIZ AND AL-QURAN LEARNING CENTRE

#PENDAFTARAN 2014 DI BUKA SEKARANG#

TERBUKA KEPADA SEMUA PERINGKAT UMUR PELAJAR

#TAHFIZ
#QIRAATI
#TALAQQI
#DINIAH

Kami ialah sebuah pusat pengajian yang menyediakan sistem pengajian tahfiz yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar sekolah rendah/menengah kebangsaan untuk mengikuti sistem pengajian tahfiz di samping mengikuti pendidikan sekolah rendah/menengah biasa.

Jadual pembelajaran kami telah di sesuaikan dengan waktu pembelajaraan sekolah rendah/menengah kebangsaan biasa iaitu:-

1. Sesi Pagi      :8 pagi - 12 tgh hari
2. Sesi Petang  :3 petang - 6 petang
3. Jadual mengikut kesesuaian waktu pelajar

Matlamat kami ialah melahirkan anak-anak generasi Al-quran yang tidak ketinggalan di dalam kehidupan dunia dan akhirat serta generasi Ummah Pembangun Negara Islami.

Kami mengharapkan usaha sama dari masyarakat agar anak-anak mereka dapat mendalami ilmu Al-quran dan menjadi bekalan yang kekal bagi kedua ibu bapa mereka di dalam kubur dan akhirat kelak.


PENDAFTARAN SEBELUM BULAN NOVEMBER AKAN DI KECUALIKAN YURAN PENDAFTARAN

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI

Tel: 012 748 6882
Alamat: (Plaza Jelutong) 
B17-1, Persiaran Gerbang Utama, Sek. U8 Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam Selangor Darul Ehsan










Tuesday, 23 July 2013

Bekalan Akhirat


Assalammualaykum w.b.t.

Amalan sunat di bulan Ramadhan adalah sama dengan ganjaran amalan wajib. Antara amalan yang terdapat pada bulan ramadha yang tidak terdapat pada bulan lain ialah:

1. Puasa
2. Zakat Fitrah.
3. Kelebihan beramal pada lailatul qadr
4. Kelebihan beramal solat tarawikh.

Allah s.w.t memberikan ganjaran kepada hambanya bagi satu amalan yang baik dengan 10 pahala (10 kali ganda) sehingga 700 pahala dan lebih dari itu.

Allah s.w.t berfirman didalam surah Al-Baqarah ayat 261:
"Bandingan (Derma atau nafkah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah seumpama sebiji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Allah melipatkan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (Kurnianya) Lagi Maha Mengetahui".

Baginda Muhammad S.A.W bersabda:
Sedekah yang paling utama adalah sedekandi Bulan Ramadhan.

Kami di Madrasah Tahfiz Darul Ashfiya Mengalu-alukan derma, zakat pernigaan atau nafkah dari anda bagi merealisasikan tujuan kami membangunkan sebuah kompleks Madrasah Tahfiz Darul Ashfiya dan Majlis Zikir Wa Ta'lim bersama al-Fadhil Syeikh Muhammad Ismail Abdullah Albanjari di Malaysia. 
Ameen Allahumma Amenn.

Salurkan Sumbangan anda ke:_
Maybank Islamic (Darul Ashfiya)
No. Acc. 562478137873

Segala sumbangan anda kami doakan agar menjadi sebuah bekalan dan saham keberkahan di akhirat kelak. 

Ameen.

Thursday, 4 April 2013

!!!KELAS AL-QURAN PERCUMA!!!



DARUL ASHFIYA tahfiz and alqur'an learning centre

KELAS PERCUBAAN PERCUMA
TARIKH: 8/4/2013 - 26/4/2013

PLAZA JELUTONG
B17-1, PERSIARAN GERBANG UTAMA SEK U8, 40150 BUKIT JELUTONG,
SHAH ALAM.

TERBUKA KEPADA ANAK2 BERUMUR 7 THN KEATAS

DAFTAR SEGERA!!! 012 7486882

Friday, 22 March 2013


Ku Pinjam Semangat mu,

Selamat Jalan hai Mujahid, Doa Kami Mengiringi
Dengan Jiwa Nan Tenteram Suci.
 Kepada Allah Kembali Syeikh Ahmad Yaasin.
AL-FATIHAH


Friday, 8 March 2013



Assalammualaykum w.b.t.

Insha Allah, pada musim cuti sekolah bulan ini, Kami akan mengadakan satu program KURSUS JENAZAH REMAJA bagi tujuan memberi kesedaran kepada anak-anak bagi persiapan dan tanggungjawab seorang anak apabila kematian ibu bapanya.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ 
صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya

Insha Allah, bagi penutup program tersebut ibu bapa di harapkan dapat bersama anak-anak mendengar sedikit tausiyah tentang kematian dan kisah-kisah ajaib yang berlaku pada para wali Allah setelah mereka meniggal dunia dan bagi muhasabah diri kita bersama yang akan di sampaikan oleh Al-Fadhil Syeikh Muhammad Ismail Abdullah Al-Banjari.

Pengisian.
1. Tanda-tanda Kematian
2. Adab Seorang Anak
3.Tanggungjawab Anak ketika Orang Tuanya di Sakaratul Maut.
4. Bacaan Doa Ketika Menghadap Orang Sakaratul Maut.
5. Memandikan Jenazah Orang Tuanya (Teori dan Praktikal)
6. Mengkafankan Jenazah (Teori dan Praktikal)
7. Solat Jenazah (Teori dan Praktikal)
8. Ke Liang Lahad
9. Himpunan Doa-doa dan amalan-amalan daripada anak kepada kedua ibu bapanya ketika hidup dan setelah mereka meninggal dunia.

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!!!
Yuran Pendaftara: Rm50
Masa                    : 9 Pagi - 5 Petang
Tarikh                  : 27.3.2013 (RABU)
Had Umur            : 10 - 17 Tahun
TEL                      : 012 748 6882

Moderator: Ustaz Faizal Shahron (JAIS)
                  Ustaz Firdaus Mokhhani (Darul Ashfiya)
Penutup: Syeikh Muhammad Ismail Abdullah Al-Banjari (Penasihat Darul Ashfiya)

TERHAD KEPADA 30 ORANG PESERTA SAHAJA



Tuesday, 12 February 2013

JOM MEMBELI DAN BERIBADAT DENGAN SIHAT

SUSU ALPHA LIPID SDII
"SIHAT TUBUH BADAN DAN BERIBAT DENGAN SEMPURNA"

Daripada Usamah bin Syarik bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Seorang Arab Badawi bertanya kepada Rasulullah s.a.w; (Apabila beliau di hinggapi penyakit), Wahai Rasulullah s.a.w, perlukah aku berubat? Kata Rasulullah, 'Ya', Wahai hamba Allah hemdaklah kamu berubat ; Maka sesungguhnya Allah s.w.t ridak menjadikan sesuatu penyakit melainkan ada penawarnya".
                                                                                         Hadis Riwayat At-Tarmizi (H. Hassan, Sahih)


Harga: RM175

1. Pembelian melalui pos: Maybank Islamic darul ashfiya (562478137873)
    Sila hantar a. Nama
                     b. Alamat Penghantaran
                     c. Tarikh dan Masa Pembayaran
   Ke Talian: 012 748 6882
* Sila simpan slip pembayaran sebagai bukti pembayaran

2. Pembelian Terus: Madrasah Darul Ashfiya
                               B17-1, Plaza Jeluotng, Persiaran Gerbang Utama, Sek. U8, Bukit Jelutong,
                                40150 Shah Alam,
                               Selangor Darul Ehsan.
Talian: 012 748 6882 (Ustaz Firdaus)

PENDAFTARAN PELAJAR PEREMPUAN DARULASHFIYA 2013

PENDAFTARAN PELAJAR PEREMPUAN DI BUKA SEKARANG BAKI SESI 2013

TAHFIZ DAN QIRAATI        
Pendaftaran                               RM250                  RM50
Bulanan                                     RM200                  RM200
Total                                        RM450                 RM250
*TERHAD UNTUK 10 ORANG PELAJAR SAHAJA

                                             JADUAL PEMBELAJARAN
                       9 Pagi – 12 Tengah Hari 
                      
                       Terbuka untuk yang berumur 7 tahun ke atas.
                  




Wednesday, 6 February 2013

PROGRAM TERAPI QALBU


SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR BERSAMA
PENASIHAT DARUL ASHFIYA
AL-FADHIL SYEIKH MUHAMMAD ISMAIL BIN ABDULLAH AL-BANJARI

Friday, 1 February 2013

Madrasah Darul Ashfiya

بسم الله الرحمن الرحيم

Madrasah Darul Ashfiya di Bukit Jelutong adalah langkah awal dalam usaha kami untuk memberi peluang kepada Anak-anak Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Kebangsaan untuk menghafal Al-Quran dengan cara pondok iaitu sistem pondok-pondok tahfiz dengan tenaga pengajar terdiri daripada Para Huffaz Al-Quran.

Anak-anak adalah aset Ibu dan Bapa di akhirat, dengan beberapa nasihat daripada para guru maka terdirilah Madrasah Darul Ashfiya sebagai pusat pengajian tahfiz yang mendidik anak-anak untuk menghafal al-quran.

Oleh yang demikian waktu pembelajaran di Darul Ashfiya mengikut kesesuaian dengan waktu pembelajaran sekolah-sekolah biasa.

Sesi Pagi          : 8 Pagi - 12 Tengah Hari (Tahfiz)
Sesi Petang      : 3 Petang - 6 Petang (Qiraati)
Sepenuh Masa : 8 Pagi - 5 Petang (Tahfiz)
*Kemasukkan Pelajar adalah terhad untuk 15 orang untuk sesi pagi dan 15 orang bagi sesi petang.

Tujuan kami menghadkan pelajar adalah di sebabkan faktor kawasan kelas yang agak terhad di samping memastikan kualiti pembacaan anak-anak di Darul Ashfiya mendapat Bacaan dan Makhraj yang baik di dalam pembacaan Al-quran.

Firman Allah s.w.t,
"Dan bacalah al-quran dengan tartil (bertajwid)" (Surah Muzzammil ayat 4)

Kami di Darul Ashfiya mengharapkan kepada anak-anak di Darul Ashfiya agar mereka mendapatkan pendidikan yang lengkap dari sudut Agama dan Akademik.

Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anaknya menjadi yang terbaik untuk mereka di dunia dan di akhirat, sesuailah dengan Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

"Oranng yang paling baik dari kamu (Islam) ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain pula".

Begitu banyakknya fadilatnya bagi seorang yang menghafal Al-quran bukan hanya untuk diri orang yang menghafal bahkan kepada kedua ibu bapanya juga turut mendapat faedahnya di dunia dan akhirat.

Hazrat Mu’az al-Johani r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
 “Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan apa-apa yang terkandung dalamnya maka kedua-dua ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini. Bayangkanlah bagaimana pula keadaan orang yang dirinya sendiri beramal dengan al-Quran?.”
(Riwayat Ahmad & Abu Daud)

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Ustaz Firdaus di Talian 012 748 6882 atau ke alamat kami B17-1, Plaza Jelutong, Persiaran Gerbang Utama, Seksyen U8, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Kami juga mencari penyumbang untuk membangunkan madrasahh kami, sekiranya ada para dermawan yang ingin menyumbang untuk bersama-sama kami membangunkan madrasah ini bolehlah menyumbang melalui akaun Maybank Islamic darul ashfiya solution 9562478137873.

Bersedekah menutup 10 pintu kejahatan
* Bersedekahlah dengan sebaik-baik barang yang ada pada kita
Jangan kamu menolak orang yang mula-mula meminta padamu itu kerana kadang-kadang datang kepadamu itu bukan manusia.

 Sedekah ada 10 kelebihannya – 5 di dunia dan 5 di akhirat :

5 Di Dunia
1. Menyucikan Harta
2. Menyucikan badannya
3. Menolak bala dan penyakit
4. Mengenbirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin
5. Berkat hartanya dan diluaskan oleh Allah rezekinya

5 Di Akhirat
1. Dinaungkan dia dari panas akhirat
2. Ringan hisabnya
3. Berat timbangan amalannya
4. Mudah melalui Titian Siratulmustakim
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga.

ALFAKIR ILA RABBI
-DARUL ASHFIYA-



Pihak Madrasah Mencari Penyumbang Untuk membina Signboard madrasah, sesiapa yg berminat membangun membantu bersama madrasah darul ashfiya sila hubungi ustaz firdaus di talian 012-7486882..jazakallah...

Kepada para dermawan Insha Allah sumbangan boleh di lakukan melalui akaun Maybank Islamic Darul Ashfiya 562478137873..

Firman Allah S.w.t di dalam Surah An-Nisaa' ayat 56-57:

Mafhumnya :

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat kami, kelak kami akan masukkan mereka ke dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka hangus, kami gantikan kulit yang lain untuk mereka supaya mereka dapat merasai azab sengsara itu (Ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"

Sedekah Pemadam Panas Di Alam Kubur.
“Sesungguhnya sedekah akan memadamkan panasnya kubur bagi pemilik sedekah”. [HR. Ath-Thobroniy dalam Al-Kabir, dan Al-Baihaqiy. Syaikh Al-Albaniy meng-hasan-kan hadits ini dalam Ash-Shahihah (3484)]