Tuesday, 12 February 2013

JOM MEMBELI DAN BERIBADAT DENGAN SIHAT

SUSU ALPHA LIPID SDII
"SIHAT TUBUH BADAN DAN BERIBAT DENGAN SEMPURNA"

Daripada Usamah bin Syarik bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Seorang Arab Badawi bertanya kepada Rasulullah s.a.w; (Apabila beliau di hinggapi penyakit), Wahai Rasulullah s.a.w, perlukah aku berubat? Kata Rasulullah, 'Ya', Wahai hamba Allah hemdaklah kamu berubat ; Maka sesungguhnya Allah s.w.t ridak menjadikan sesuatu penyakit melainkan ada penawarnya".
                                                                                         Hadis Riwayat At-Tarmizi (H. Hassan, Sahih)


Harga: RM175

1. Pembelian melalui pos: Maybank Islamic darul ashfiya (562478137873)
    Sila hantar a. Nama
                     b. Alamat Penghantaran
                     c. Tarikh dan Masa Pembayaran
   Ke Talian: 012 748 6882
* Sila simpan slip pembayaran sebagai bukti pembayaran

2. Pembelian Terus: Madrasah Darul Ashfiya
                               B17-1, Plaza Jeluotng, Persiaran Gerbang Utama, Sek. U8, Bukit Jelutong,
                                40150 Shah Alam,
                               Selangor Darul Ehsan.
Talian: 012 748 6882 (Ustaz Firdaus)

PENDAFTARAN PELAJAR PEREMPUAN DARULASHFIYA 2013

PENDAFTARAN PELAJAR PEREMPUAN DI BUKA SEKARANG BAKI SESI 2013

TAHFIZ DAN QIRAATI        
Pendaftaran                               RM250                  RM50
Bulanan                                     RM200                  RM200
Total                                        RM450                 RM250
*TERHAD UNTUK 10 ORANG PELAJAR SAHAJA

                                             JADUAL PEMBELAJARAN
                       9 Pagi – 12 Tengah Hari 
                      
                       Terbuka untuk yang berumur 7 tahun ke atas.
                  




Wednesday, 6 February 2013

PROGRAM TERAPI QALBU


SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR BERSAMA
PENASIHAT DARUL ASHFIYA
AL-FADHIL SYEIKH MUHAMMAD ISMAIL BIN ABDULLAH AL-BANJARI

Friday, 1 February 2013

Madrasah Darul Ashfiya

بسم الله الرحمن الرحيم

Madrasah Darul Ashfiya di Bukit Jelutong adalah langkah awal dalam usaha kami untuk memberi peluang kepada Anak-anak Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Kebangsaan untuk menghafal Al-Quran dengan cara pondok iaitu sistem pondok-pondok tahfiz dengan tenaga pengajar terdiri daripada Para Huffaz Al-Quran.

Anak-anak adalah aset Ibu dan Bapa di akhirat, dengan beberapa nasihat daripada para guru maka terdirilah Madrasah Darul Ashfiya sebagai pusat pengajian tahfiz yang mendidik anak-anak untuk menghafal al-quran.

Oleh yang demikian waktu pembelajaran di Darul Ashfiya mengikut kesesuaian dengan waktu pembelajaran sekolah-sekolah biasa.

Sesi Pagi          : 8 Pagi - 12 Tengah Hari (Tahfiz)
Sesi Petang      : 3 Petang - 6 Petang (Qiraati)
Sepenuh Masa : 8 Pagi - 5 Petang (Tahfiz)
*Kemasukkan Pelajar adalah terhad untuk 15 orang untuk sesi pagi dan 15 orang bagi sesi petang.

Tujuan kami menghadkan pelajar adalah di sebabkan faktor kawasan kelas yang agak terhad di samping memastikan kualiti pembacaan anak-anak di Darul Ashfiya mendapat Bacaan dan Makhraj yang baik di dalam pembacaan Al-quran.

Firman Allah s.w.t,
"Dan bacalah al-quran dengan tartil (bertajwid)" (Surah Muzzammil ayat 4)

Kami di Darul Ashfiya mengharapkan kepada anak-anak di Darul Ashfiya agar mereka mendapatkan pendidikan yang lengkap dari sudut Agama dan Akademik.

Setiap ibu bapa mengharapkan anak-anaknya menjadi yang terbaik untuk mereka di dunia dan di akhirat, sesuailah dengan Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

"Oranng yang paling baik dari kamu (Islam) ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain pula".

Begitu banyakknya fadilatnya bagi seorang yang menghafal Al-quran bukan hanya untuk diri orang yang menghafal bahkan kepada kedua ibu bapanya juga turut mendapat faedahnya di dunia dan akhirat.

Hazrat Mu’az al-Johani r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
 “Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan apa-apa yang terkandung dalamnya maka kedua-dua ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini. Bayangkanlah bagaimana pula keadaan orang yang dirinya sendiri beramal dengan al-Quran?.”
(Riwayat Ahmad & Abu Daud)

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Ustaz Firdaus di Talian 012 748 6882 atau ke alamat kami B17-1, Plaza Jelutong, Persiaran Gerbang Utama, Seksyen U8, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Kami juga mencari penyumbang untuk membangunkan madrasahh kami, sekiranya ada para dermawan yang ingin menyumbang untuk bersama-sama kami membangunkan madrasah ini bolehlah menyumbang melalui akaun Maybank Islamic darul ashfiya solution 9562478137873.

Bersedekah menutup 10 pintu kejahatan
* Bersedekahlah dengan sebaik-baik barang yang ada pada kita
Jangan kamu menolak orang yang mula-mula meminta padamu itu kerana kadang-kadang datang kepadamu itu bukan manusia.

 Sedekah ada 10 kelebihannya – 5 di dunia dan 5 di akhirat :

5 Di Dunia
1. Menyucikan Harta
2. Menyucikan badannya
3. Menolak bala dan penyakit
4. Mengenbirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin
5. Berkat hartanya dan diluaskan oleh Allah rezekinya

5 Di Akhirat
1. Dinaungkan dia dari panas akhirat
2. Ringan hisabnya
3. Berat timbangan amalannya
4. Mudah melalui Titian Siratulmustakim
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga.

ALFAKIR ILA RABBI
-DARUL ASHFIYA-



Pihak Madrasah Mencari Penyumbang Untuk membina Signboard madrasah, sesiapa yg berminat membangun membantu bersama madrasah darul ashfiya sila hubungi ustaz firdaus di talian 012-7486882..jazakallah...

Kepada para dermawan Insha Allah sumbangan boleh di lakukan melalui akaun Maybank Islamic Darul Ashfiya 562478137873..

Firman Allah S.w.t di dalam Surah An-Nisaa' ayat 56-57:

Mafhumnya :

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat kami, kelak kami akan masukkan mereka ke dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka hangus, kami gantikan kulit yang lain untuk mereka supaya mereka dapat merasai azab sengsara itu (Ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"

Sedekah Pemadam Panas Di Alam Kubur.
“Sesungguhnya sedekah akan memadamkan panasnya kubur bagi pemilik sedekah”. [HR. Ath-Thobroniy dalam Al-Kabir, dan Al-Baihaqiy. Syaikh Al-Albaniy meng-hasan-kan hadits ini dalam Ash-Shahihah (3484)]