Kelas Tahfiz

PENGAJIAN KELAS ini program pengajian separuh masa yang dilakukan di luar daripada waktu sekolah. Dengan program ini, ianya dapat menonjolkan kemampuan pelajar menjadi seorang Penghafaz al-Quran. Pengajian ini terdapat dua sesi, iaitu pada waktu pagi dan pada waktu petang. Di samping pengajian al-Quran pihak Madrasah juga memperkenalkan pengajian Kitab Turath kepada anak-anak di dalam menjaga tradisi warisan berharga ini dengan sistem pengajian bertalaqqi juga membentuk sahsiah anak- anak dengan menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai Uswatul Hasanah yang sebenar. 
Antara Kursus Pengajian yang ditawarkan adalah:

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

1) Muslim
2) Sihat Mental dan Psikologi
3) Mampu berdikari

BAYARAN

RM200 sebulan dan Pendaftaran Tahunan RM200

SESI

1) Pagi 8:30pagi hingga 11:00pagi
2) Petang 2:30 ptg hingga 5:30ptg

PENGAJIAN PRA KAFA

Madrasah Tahfiz Darul Ashfiya telah mewujudkan satu program baru untuk anak-anak cilik kesayangan anda yang dipanggil Pengajian PRA-KAFA . Pengambilan untuk program ini terbuka untuk anak-anak berumur 7 hingga 9 tahun, namun 6 tahun juga diterima jika memiliki syarat kelayakan yang dikehendaki pihak Madrasah.

Program ini dinamakan PRA-KAFA kerana anak-anak tersebut adalah dibawah usia yang selayaknya untuk memasuki pengajian KAFA yang syarat utamanya adalah darjah 4 atau 10 tahun. Juga program PRA-KAFA ini adalah program yang membantu pelajar di dalam membentuk cara penghafazan dan pengajian yang bersistematik di samping menekankan di dalam aspek pengajian al-Quran dan Tahfiz yang rata-ratanya diidam-idam oleh para ibubapa yang mementingkan kualiti penguasaan anak-anak terhadap subjek al-Quran
sebelum mempelajari subjek-subjek pengajian Islam yang lain.

Hasil daripada tamatnya program ini, anak anda akan:
1) Khatam al-Quran secara bertalaqqi
2) Menghafaz Juzu’ 30 dengan baik.
3) Memahami dan menghafal kitab Aqidatul Awwam.
4) Mahir SOLAT.
5) Mengetahui adab-adab Mulia Rasulullah s.a.w.

PENGAJIAN PRA TAHFIZ

Program ini dinamakan PRA-TAHFIZ kerana anak-anak yang tidak mendaftarkan diri di mana-mana sekolah KAFA yang mana kelayakan bagi kemasukan untuk pengajian ini adalah kepada anak-anak yang berumur 10-12 tahun. Sepertimana program PRA-KAFA juga program ini membantu pelajar di dalam membentuk cara penghafazan dan pengajian yang bersistematik di samping menekankan di dalam aspek pengajian al-Quran dan Tahfiz termasuk juga pengajian Fardhu Ain yang lain. 

Program ini juga boleh dijadikan pengajian lanjutan kepada pelajar-pelajar PRA-KAFA yang ingin meneruskan pengajian mereka bersama kami.

Kembali

4) Mahir SOLAT dan ilmu Fardhu Ain yang lain.
5) Mengetahui dan mencontohi adab-adab Mulia Rasulullah s.a.w.

PENGAJIAN TAHFIZ KAMIL

Program TAHFIZ KAMIL ini adalah pengajian penuh sebagai Penghafaz al-Quran dengan meletakkan seluruh Juzuk al-Quran sebagai silibus yang perlu dihabiskan oleh pelajar. Program ini dibuka khas untuk pelajar-pelajar Menengah yang mana rata-rata daripada mereka hanya menghadiri satu sesi di sekolah. ianya bagi menggalakkan pelajar untuk mempelajari dan seterusnya menjadi seorang penghafaz al-Quran disamping tidak mengenepikan tuntutan pengajian akademik mereka.

Program ini juga boleh dijadikan pengajian lanjutan kepada pelajar-pelajar PRA-TAHFIZ yang ingin meneruskan pengajian mereka bersama kami.

Hasil daripada tamatnya program ini, anak anda akan:
1) Khatam al-Quran secara bertalaqqi
2) Menghafaz keseluruhan 30 Juzuk dengan baik.
3) Pengijazahan Sanad al-Quran + Syahadah Tahfiz
4) Memahami dan menghafal kitab Aqidatul Awwam.
5) Mahir SOLAT dan ilmu Fardhu Ain yang lain.
6) Mengetahui dan mencontohi adab-adab Mulia Rasulullah s.a.w.
7) Mendapat latihan dan dorongan untuk berdakwah.

Kembali

Lokasi:

Madrasah Tahfiz Darul Ashfiya
Plaza Jelutong
B17-1 Persiaran Gerbang Utama Seksyen U8,
40150 Bukit Jelutong, Shah Alam.
(Shop Lot atas Jaya Grocer Hypermarket)
www.darulashfiya.blogspot.com

Hubungi kami di:
fb: Madrasah Tahfiz Darul Ashfiya/Darul Ashfiya
016-3532872 / 019-3209402

Sumbangan amat dialu-alukan. Jazakumullahu Khairan.

Maybank Islamic 5624 7813 7873 (DARUL ASHFIYA)

No comments:

Post a Comment