FAQ

SOALAN-SOALAN LAZIM MADRASAH TAHFIZ DARUL ASHFIYA (MTDA)



1. PENGAJIAN KELAS:

Q: BAGAIMANAKAH SAYA HENDAK MENDAFTAR?
A: Pendaftaran boleh dibuat dengan hadir sendiri (walk in) ke MTDA di Bukit Jelutong atau secara online di www.darulashfiya.blogspot.com.

Q: BERAPAKAH UMUR YANG SESUAI UNTUK BELAJAR DI MTDA?
A: Kami menerima peserta kanak-kanak seawal usia 6 tahun dan ke atas juga peserta DEWASA tanpa menghadkan peringkat umur. Dengan syarat mestilah boleh memahami dan menerima arahan serta mampu berkomunikasi dengan baik.

Q: APAKAH PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH MTDA?A: MTDA menyediakan program pengajian berkelas selama 2 jam sehari (tidak termasuk waktu solat berjemaah) yang menumpukan kepada pengajian Tahfiz, Al-Quran dan Fardhu Ain. Ianya mempunyai 3 jenis perkelasan iaitu:
1. PRA KAFA untuk 6 - 9 tahun.
2. PRA TAHFIZ untuk 10 - 12 tahun.
3. TAHFIZ KAMIL untuk pelajar sekolah menengah.
    Boleh dilihat dengan lebih jelas penjelasannya di sini.

Q: APAKAH HASIL YANG BOLEH DIPEROLEHI JIKA ANAK SAYA MENYERTAI PROGRAM MTDA INI?
A: Kami menggunakan silibus sendiri yang menekankan kepada penghafalan Al-Quran dan pengajiannya yang bersistematik. InsyaAllah, dengan kelancaran peserta atau murid mengikuti silibus kami dengan baik boleh
    dilihat hasilnya pada akhir tempoh pengajian yang ditetapkan dengan:
    1. Khatam membaca Al-Quran secara bertalaqqi (berguru) dengan baik.
    2. Menghafal Juzu' 30 dengan sempurna bagi ketiga-tiga program termasuk surah-surah pilihan bagi program Pra Tahfiz dan menghafal keseluruhan Al-Quran bagi program Tahfiz Kamil.
    3. Memahami ilmu Fardhu Ain.

Q: BERAPA LAMAKAH TEMPOH PENGAJIAN PROGRAM TERSEBUT?A: Bagi Program PRA KAFA dan PRA TAHFIZ mempunyai tempoh jangka minimum 2 tahun dan maksimum 3 hingga ke 4 tahun. Perbezaan tahun ini terjadi bergantung kepada kelancaran pengajian murid tersebut yang akan menduduki ujian kenaikan BAND pada setiap hujung semester. Jika gred peperiksaannya melepasi nilai kadar minimum lulus (70%) akan dinaikkan ke BAND yang seterusnya jika sebaliknya murid tersebut akan kekal di BAND yang lama. Bagi program TAHFIZ KAMIL pula mempunyai tempoh jangka maksimum sehingga 6 tahun.

Q: KENAPA BEGITU LAMA UNTUK MENAMATKAN PENGAJIAN SEPERTI INI?
A: Kami mengutamakan kualiti hafazan murid daripada memandang kepada kuantiti hafalan yang mampu murid menghafal. Keberkesanan sistem hafazan adalah berdasarkan kepada kemampuan murid mengekalkan setiap hafazan yang telah dihafalnya di samping menjana kekuatan hafazan murid sehingga mampu menghafal dengan mudah. Dan ianya memerlukan masa untuk murid benar-benar menguasai sistem ini. Selain itu ianya bagi mengelakkan ruang waktu (gap) yang lama antara tempoh tamat pengajian murid kepada pengajian selanjutnya sehingga murid mula melupai apa yang pernah dihafalnya.

Q: ADAKAH PIHAK MTDA BOLEH MEMBERI JAMINAN TENTANG SISTEM PENGAJIAN DI MTDA TIDAK AKAN TERJEJAS DENGAN MASALAH PERTUKARAN GURU YANG BIASA BERLAKU?
A: InsyaAllah, kelancaran pengajian anak anda tidak akan terjejas jika perkara seperti ini berlaku (walaupun kami mengutamakan guru-guru yang berkualiti) kerana keberkesanan sistem pengajian ini terletak kepada metode dan silibus yang telah ditetapkan. Sebarang inovasi yang sesuai berkaitan pembelajaran dan pengajaran yang dihasilkan daripada guru-guru akan diserapkan di dalam silibus supaya dapat dilaksanakan oleh guru-guru lain bagi tidak berlakunya perbezaan yang ketara apabila guru-guru tersebut berhenti atau bertukar ganti.

Q: BERAPAKAH KADAR YURAN PENGAJIAN DI MTDA?
A: Kadar yuran asas adalah:
PRA KAFA: RM 200.00 sebulan
PRA TAHFIZ: RM 200.00 sebulan
TAHFIZ KAMIL: RM 200.00 sebulan
Yuran Pendaftaran Tahunan: RM200
    (tidak termasuk bayaran buku dan lain-lain).

Q: BAGAIMANA JIKA ANAK SAYA TIDAK BOLEH BERBAHASA MELAYU?
A: Kami mempunyai tenaga pengajar yang boleh berbahasa Inggeris dan Arab.

Q: APAKAH CARA UNTUK MEYAKINKAN SAYA KEBERKESANAN SISTEM PENGAJIAN DI MTDA?
A: Kami ada menjalankan Program Cuti Semester pada setiap cuti sekolah dengan menggunakan silibus pengajian PRA TAHFIZ (ringkasan). Program yang dijalankan 4 hari seminggu ini mampu memberi hasil yang boleh dinilai sendiri oleh ibubapa/penjaga. Di samping itu kami juga memberi jaminan pulangan wang jika tiada berlaku sebarang hasil yang positif bagi murid dengan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Program Cuti Semester ini bolehlah lihat di sini.

Q: ADAKAH ANAK SAYA AKAN KECICIRAN JIKA DAFTAR LAMBAT?
A: Pengajian kami dikelasifikasikan berdasarkan BAND yang dinilai melalui tahap kemahiran bacaan murid bukan dinilai melalui umur atau darjah. Jika murid tersebut darjah 5 tetapi tidak boleh mengenal huruf, dia akan diletakkan di BAND yang pertama begitu juga sebaliknya. Bagi murid darjah 1 yang mampu menguasai pengajiannya pula mungkin boleh naik sehingga BAND ke-4 dalam masa setahun. Ini bermakna sistem ini bukan sahaja menghalang daripada berlakunya keciciran tetapi juga memberi peluang untuk murid mengembangkan bakat dan kemahiran mereka di dalam menguasai silibus tanpa tersekat dengan lama.


2. PENGAJIAN INDIVIDU:

Q: ADAKAH PROGRAM PENGAJIAN YANG LAIN BAGI YANG TIDAK MAMPU MENGIKUTI WAKTU KELAS
A: Kelas menyediakan KELAS INDIVIDU yang menawarkan MASA YANG FLEKSIBLE kpd peserta dimana peserta boleh memilih utk dtg belajar pd waktu pilihan mereka sendiri sepanjang waktu MTDA dibuka. Oleh itu peserta akan diajar secara one-to-one dengan guru mengikut giliran (first come first serve), setiap peserta dibenarkan dtg sekali setiap hari. 

Q: BERAPA LAMAKAH TEMPOH PENGAJIAN KELAS INDIVIDU PADA SETIAP PERTEMUAN?
A: Bergantung kepada kelancaran bacaan peserta tersebut. Paling lama adalah sekitar dalam 15 - 20 minit. Bagi pengajian secara individu tempoh yang ditetapkan mencukupi berbeza dengan pengajian kelas dengan jumlah murid yang lebih ramai. Sepertimana pengajian kelas, kami menekankan pemahaman, penguasaan dan praktikal bagi setiap pembelajaran.

Q: APAKAH JENIS PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN BAGI INDIVIDU?
A: Terbuka kepada DEWASA dan KANAK-KANAK dengan waktu yang fleksible.
    ASAS AL-QURAN: Daripada mengenal huruf sehingga menguasai hukum bacaan dengan baik.
    KHATAM AL-QURAN: Bertalaqqi al-Quran sehingga khatam.
QAFA: Al-Quran dan Asas Fardhu Ain (Dewasa)

Q: BERAPAKAH KADAR YURAN PENGAJIAN INDIVIDU DI MTDA?
A: Kadar yuran asas adalah:
RM 35 sebulan bagi 1 hari seminggu (sebulan = 4 hari). 
    Pendaftaran RM100 (tidak termasuk buku)

Q: BAGAIMANA CARA BAYARAN DIBUAT?
A: Bayaran dibuat pada awal sebelum pengajian. Bagi pengajian individu dikehendaki membayar yuran bulanan pertama sebanyak RM105 (minimum 3kali seminggu).

Q: ADAKAH USTAZ ATAU USTAZAH YANG AKAN MENGAJAR PENGAJIAN SECARA INDIVIDU?
A: Peserta boleh memilih untuk belajar dengan ustaz atau ustazah kerana pengajian dijalankan secara individu mengikut kepada kelapangan guru tersebut. Peserta tidak digalakkan untuk menumpu hanya kepada seseorang guru sahaja.

Q: ADAKAH MTDA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENGAJIAN DI RUMAH?
A: Tidak, kami hanya menganjurkan pengajian di MTDA sahaja. Oleh itu peserta perlu datang mengikuti pengajian yang mereka sertai..

Q: ADAKAH YURAN AKAN DIKEMBALIKAN JIKA SAYA BELAJAR TIDAK CUKUP SEBULAN?
A: Tidak, semua bayaran yang telah diserahkan tidak akan dikembalikan. Oleh itu peserta perlu membuat keputusan sewajarnya sebelum setuju membuat apa-apa pembayaran.

Q: BAGAIMANA BAYARAN YURAN JIKA PENDAFTARAN DITERIMA DI PERTENGAHAN BULAN?
A: Yuran yang dibayar adalah untuk tempoh 30 hari dari tempoh bayaran diterima. Jika seorang itu mendaftar pada 20hb maka bayaran seterusnya adalah pada 20hb bagi bulan berikutnya dan begitulah bagi haribulan yang lain.

Q: ADAKAH MTDA BEROPERASI PADA HARI SABTU atau AHAD?
A: Buat masa sekarang kami tidak beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti-cuti umum negeri Selangor.

Q: SAYA SUDAH BERUMUR TETAPI MASIH TIDAK MENGENAL HURUF DAN TIDAK MENGETAHUI ILMU AGAMA, APAKAH PENYELESAIANNYA?
A: Insya Allah kami sedia membantu dan itu adalah antara matlamat MTDA, Program Pengajian yang sesuai ialah: QAFA (Asas Al-Quran dan Fardhu Ain) yang akan membimbing peserta daripada zero kepada hero.

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan di:
fb: Madrasah Tahfiz Darul Ashfiya / Darul Ashfiya
Whatsapp/sms/call: 019-3209402 / 016-3532872
e-mail: darulashfiya@gmail.com
walk in ke:

Madrasah Tahfiz Darul Ashfiya
Plaza Jelutong
B17-1 Persiaran Gerbang Utama Seksyen U8,
40150 Bukit Jelutong, Shah Alam.
(Shop Lot atas Jaya Grocer Hypermarket)
www.darulashfiya.blogspot.com

Sumbangan amat dialu-alukan. Jazakumullahu Khairan.

Maybank Islamic 5624 7813 7873 (DARUL ASHFIYA)

No comments:

Post a Comment