Friday, 8 March 2013



Assalammualaykum w.b.t.

Insha Allah, pada musim cuti sekolah bulan ini, Kami akan mengadakan satu program KURSUS JENAZAH REMAJA bagi tujuan memberi kesedaran kepada anak-anak bagi persiapan dan tanggungjawab seorang anak apabila kematian ibu bapanya.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ 
صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya

Insha Allah, bagi penutup program tersebut ibu bapa di harapkan dapat bersama anak-anak mendengar sedikit tausiyah tentang kematian dan kisah-kisah ajaib yang berlaku pada para wali Allah setelah mereka meniggal dunia dan bagi muhasabah diri kita bersama yang akan di sampaikan oleh Al-Fadhil Syeikh Muhammad Ismail Abdullah Al-Banjari.

Pengisian.
1. Tanda-tanda Kematian
2. Adab Seorang Anak
3.Tanggungjawab Anak ketika Orang Tuanya di Sakaratul Maut.
4. Bacaan Doa Ketika Menghadap Orang Sakaratul Maut.
5. Memandikan Jenazah Orang Tuanya (Teori dan Praktikal)
6. Mengkafankan Jenazah (Teori dan Praktikal)
7. Solat Jenazah (Teori dan Praktikal)
8. Ke Liang Lahad
9. Himpunan Doa-doa dan amalan-amalan daripada anak kepada kedua ibu bapanya ketika hidup dan setelah mereka meninggal dunia.

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!!!
Yuran Pendaftara: Rm50
Masa                    : 9 Pagi - 5 Petang
Tarikh                  : 27.3.2013 (RABU)
Had Umur            : 10 - 17 Tahun
TEL                      : 012 748 6882

Moderator: Ustaz Faizal Shahron (JAIS)
                  Ustaz Firdaus Mokhhani (Darul Ashfiya)
Penutup: Syeikh Muhammad Ismail Abdullah Al-Banjari (Penasihat Darul Ashfiya)

TERHAD KEPADA 30 ORANG PESERTA SAHAJA



No comments:

Post a Comment